PERKHIDMATAN

Image

Semua warga INSTUN dan pelawat boleh merujuk dan membaca bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan.

Image

Perkhidmatan ini meliputi pendaftaran keahlian baru, pinjaman/pemulangan serta tempahan bahan untuk pinjaman. Semua warga INSTUN diwajibkan mendaftar sebagai ahli perpustakaan bagi membolehkan mereka meminjam bahan bacaan.


Seterusnya

Image

Perkhidmatan rujukan dan pencarian maklumat bertujuan bagi membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat yang dicari melalui pertanyaan kepada kakitangan perpustakaan. Pertanyaan boleh disalurkan sama ada secara lisan atau bertulis melalui telefon, e-mel, surat atau secara bersemuka dengan kakitangan perpustakaan.


Seterusnya

Image

Perkhidmatan ini ditawarkan melalui penyediaan perkara-perkara berikut:


Edaran Keratan Akhbar Terpilih melalui e-mel kepada warga INSTUN


Edaran Ulasan Buku Terpilih Perpustakaan melalui e-mel kepada warga INSTUN


Edaran Info Land Law Cases melalui e-mel kepada warga INSTUN


Edaran Word of the Day melalui e-mel kepada warga INSTUN


Edaran Bahasa Oh Bahasa! melalui e-mel kepada warga INSTUN


Edaran Kata-kata Hikmah melalui e-mel kepada warga INSTUN


Pameran buku baharu


Seterusnya

Image

Perpustakaan INSTUN menyediakan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan melalui perkhidmatan Intelibrary Loan (ILL) menerusi Sistem Katalog Induk Kebangsaan (KIK) milik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Melalui perkhidmatan ini warga INSTUN boleh meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan lain yang menjadi ahli konsortium KIK melalui perpustakaan INSTUN tanpa perlu ke perpustakaan tersebut.


Seterusnya

Image

Perpustakaan INSTUN meneruskan usaha menggalakkan minat membaca dalam kalangan warga INSTUN melalui pelbagai program galakan membaca yang dijalankan seperti Program Jom Baca Bersama 10 Minit, kuiz, ceramah, resensi buku, pameran dan lain-lain lagi.


Seterusnya

Image

Pengguna boleh mengakses internet secara percuma dan memainkan CD/VCD/DVD multimedia di perpustakaan melalui komputer di sudut MyInstun dan MyMultimedia.

Image

International Standard Book Number (ISBN) merupakan nombor piawaian antarabangsa yang mempunyai 13 angka dan unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit di mana-mana negara. Nombor ISBN ini diperolehi daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Setiap negara di dunia mempunyai sebuah pusat bagi pengeluaran nombor ISBN.

International Standard Serial Number (ISSN) merupakan nombor yang mengandungi lapan angka digunakan bagi penerbitan bahan terbitan berkala atau bersiri sementara International Standard Book Number (ISBN) digunakan bagi bahan terbitan tidak berkala.

Perpustakaan INSTUN memberikan perkhidmatan untuk membantu Seksyen Penerbitan untuk mendapatkan nombor ISBN/ISSN bagi setiap penerbitan INSTUN yang akan diterbitkan dari Perpustakaan Negara Malaysia yang telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan yang mengeluarkan ISBN/ISSN. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma. Permohonan nombor ISBN/ISSN boleh dicapai melalui pautan ini.


Seterusnya


PERKHIDMATAN ATAS TALIAN


Perpustakaan INSTUN menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan KOHA yang menggunakan OPAC sebagai platform untuk memudahkan pengguna dan warga INSTUN membuat carian bahan yang terdapat di perpustakaan walau di mana berada melalui Laman Portal Rasmi Perpustakaan INSTUN di pautan https://webopac.instun.gov.my.


Perpustakaan INSTUN juga melanggan pangkalan data eLaw yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Pengguna perpustakaan juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan pengguna. Pangkalan data ini boleh diakses di https://www.elaw.my


Seterusnya


Perkhidmatan u-Pustaka merupakan perkhidmatan perpustakaan dalam talian yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my. Warga INSTUN boleh mengakses buku audio, buku, majalah dan suratkhabar elektronik secara percuma.


KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Image

KOLEKSI TERBUKA

Koleksi ini merupakan koleksi bahan buku dari dalam dan luar negeri yang merangkumi bahan fiksyen dan bukan fiksyen dalam pelbagai subjek yang boleh dipinjam oleh pengguna.

Image

KOLEKSI RUJUKAN

Koleksi ini merupakan koleksi bahan buku dari dalam dan luar negeri yang merangkumi bahan bukan fiksyen dalam pelbagai subjek yang boleh dirujuk oleh pengguna.

Image

KOLEKSI TERBITAN BERSIRI

Koleksi Terbitan Bersiri adalah terbitan berkala secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Sumber maklumat koleksi terbitan bersiri terdiri daripada bahan-bahan bercetak, bukan bercetak, elektronik dan dalam talian. Kategori bahan dalam koleksi ini ialah majalah, surat khabar, laporan tahunan, buku tahunan, buku panduan, jurnal, indeks, abstrak dan statistik.


Seterusnya

Image

KOLEKSI INSTUN

Koleksi ini meliputi bahan perpustakaan yang diterbitkan oleh INSTUN.

Image

WARTA KERAJAAN

Koleksi warta kerajaan adalah penerbitan rasmi kerajaan Malaysia yang menyiarkan undang-undang Malaysia.

Image

KOLEKSI BUKU KANAK-KANAK

Koleksi ini merupakan koleksi buku dalam dan luar negeri yang merangkumi bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk menarik minat membaca kanak-kanak.

0

JUMLAH KOLEKSI

0

BUKU

0

TERBITAN BERSIRI

0

AKTA


KOLEKSI TERKINI


KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

image

RUANG MEMBACA


image

BILIK MESYUARAT

image

SUDUT KREATIF


image

FOTOKOPI

image

SPEAKER’S CORNER


image

LOKAR TERBUKA


MENGENAI KAMI


  • SEJARAH & OBJEKTIF
  • MISI
  • FUNGSI
  • SISTEM PENGKELASAN
  • PINJAMAN
  • PERATURAN PERPUSTAKAAN

SEJARAH

Perpustakaan INSTUN mula beroperasi pada tahun 2003 di Blok Akademik C, INSTUN. Pada tahun 2004, telah berpindah ke Blok Akademik A. Pada 22 April 2019, Perpustakaan dinaiktaraf dan siap sepenuhnya pada 15 November 2019.


OBJEKTIF

Menjadi pusat rujukan ilmu berkaitan latihan, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan.




  • Mempelbagaikan bahan rujukan dan sumber maklumat berkaitan bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan.
  • Mewujudkan budaya ilmu dan membaca untuk memantapkan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menjalinkan kerjasama dengan organisasi yang berkaitan dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti.
  • Memantapkan perkhidmatan perpustakaan secara elektronik.
  • Membangunkan, mendokumentasi dan menyelenggara bahan-bahan perpustakaan
  • Menyediakan sumber rujukan berkaitan latihan dan penyelidikan dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan.
  • Menyediakan dan menyimpan koleksi bahan rujukan berkaitan bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan.
  • Memberi perkhidmatan sirkulasi, rujukan dan kesedaran semasa.
  • Mengendali kempen galakan membaca dan aktiviti pameran.
  • Menjalin hubungan strategik dan kerjasama dengan perpustakaan di institusi lain.

Koleksi bahan-bahan perpustakaan dikelaskan mengikut Dewey Decimal Classification (DDC). Secara ringkasnya pengkelasan perkara adalah seperti berikut:

KOD

PERKARA SUBJEK

001

Sains Komputer, Informasi, Karya Am

100

Falsafah dan Psikologi

200

Agama

300

Sains Sosial

400

Bahasa

KOD

PERKARA SUBJEK

500

Sains

600

Teknologi

700

Kesenian & Rekreasi

800

Kesusasteraan

900

Sejarah dan Geografi

Kelayakkan pinjaman buku/bahan perpustakaan adalah seperti berikut:

KEAHLIAN

JUMLAH BUKU

TEMPOH PINJAMAN

Kakitangan INSTUN (Tetap/Kontrak)

10 buah

30 hari

Kakitangan INSTUN (Pekerja Khidmat Singkat dan Pelajar Latihan Industri)

5 buah

5 hari

Peserta Kursus

2 buah

4 hari


Peraturan pinjaman adalah seperti berikut:

i.

Berdaftar sebagai ahli perpustakaan INSTUN tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

ii.

Ahli yang berdaftar diminta memberikan/menunjukkan kad/nombor keahlian kepada pegawai bertugas setiap kali mereka ingin meminjam buku/bahan.

iii.

Buku/bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan.

iv.

Buku/bahan yang hilang dan rosak mestilah diganti dengan buku/bahan yang sama atau edisi yang terbaharu atau membayar dengan harga mengikuti pasaran semasa.

v.

Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas buku/bahan yang dipinjam.

Pemulangan dan pembaharuan pinjaman adalah seperti berikut:

i.

Buku/bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan sebelum atau pada tarikh pemulangan yang ditetapkan.

ii.

Pengguna hanya dibenarkan memperbaharui pinjaman sebanyak tiga kali selagi tiada pengguna lain menempahnya. Pelanjutan tempoh pinjaman boleh juga dibuat kepada pegawai perpustakaan melalui kaunter sirkulasi, telefon dan e-mel.

Peraturan perpustakaan adalah seperti berikut:

i)

Pengguna mestilah berpakaian kemas dan sopan.

ii)

Pengguna dilarang membawa masuk barangan seperti beg, topi keledar, jaket, payung dan bungkusan ke perpustakaan. Barangan ini hendaklah disimpan di Ruang Bagasi/Lokar yang disediakan kecuali barang berharga dan alat tulis.

iii)

Semasa berada di perpustakaan, pengguna dilarang melakukan perkara-perkara berikut :

 

a) Menconteng, mengoyak, merosakkan dan mencuri buku/bahan perpustakaan.

 

b) Merokok, makan dan minum.

 

c) Membawa keluar buku/bahan tanpa kebenaran.

 

d) Mengalih dan memindahkan buku/bahan dan perabot perpustakaan ke tempat lain.

 

e) Membuang sampah merata-rata.

 

f) Menyalahgunakan kemudahan internet, WiFi dan komputer di perpustakaan.

 

g) Melakukan perkara yang tidak sopan.

iv)

Buku/bahan yang hendak dipinjam daripada perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada pegawai bertugas di kaunter untuk direkodkan.

v)

v) Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi semasa pengguna berada di dalam perpustakaan.

vi)

vi) Pengguna yang membuat salinan buku/bahan di perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peraturan yang berkaitan AKTA HAKCIPTA 1987.


HUBUNGI KAMI


Siti Kalsum binti Ibrahim

Penolong Pustakawan S32


  05-4542825 samb. 717

  kalsum@instun.gov.my

Yusmila binti Ishak

Penolong Pustakawan S32


  05-4542825 samb. 716

  yusmila@instun.gov.my

Norlelawati binti Zainuddin

Pembantu Pustakawan S22


  05-4542825 samb. 715

  norlelawati@instun.gov.my

Kasthuri a/p Balasingam

Pembantu Pustakawan S22


  05-4542825 samb. 718

  kasthuri@instun.gov.my

Noor Azira binti Abdull Razak

Pustakawan S44


  05-4542825 samb. 714

  arzira@instun.gov.my