Akses Terbuka Akses Terbuka

Koleksi akses terbuka terdiri dari bahan-bahan monograf, majalah dan jurnal yang dirujuk pada bila-bila masa sewaktu perpustakaan dibuka.

  1. Rujukan
    Bahan rujukan perpustakaan termasuklah ensiklopedia, kamus, tesaurus, almanak, buku tahunan, direktori, buku istilah, atlas, gazetir, dsb. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan tanpa kebenaran.
     
  2. Rujukan Umum (Open Shelves)
    Rujukan UMUM terdiri daripada bahan selain rujukan dan yang tidak dikategorikan dalam kategori bahan akses tertutup di bawah . Bahan-bahan dari koleksi ini boleh dipinjam.
     
  3. Terbitan Bersiri
    Bahan-bahan terbitan bersiri seperti akhbar, majalah dan jurnal tempatan dan luar negeri juga dilanggan oleh perpustakaan. Bahan-bahan ini ditempatkan di ruang yang berasingan dari koleksi monograf(buku) dan lain-lain.