Akses Tertutup Akses Tertutup

Koleksi akses tertutup terdiri daripada bahan-bahan monograf(buku), tesis, disertasi, manuskrip, akta, majalah, jurnal dan koleksi multimedia. Bahan-bahan ini boleh dirujuk sewaktu perpustakaan dibuka berdasarkan jadual waktu yang berasingan.

  1. Red Spot
    Bahan yang dikategorikan di dalam koleksi ini merupakan bahan asas atau bahan yang sering digunakan oleh pengguna sebagai bahan rujukan
     
  2. Koleksi INSTUN
    Perpustakaan sedang berusaha untuk menyimpan dan mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan INSTUN. Sehubungan itu semua bahan yang berhubungkait dengan INSTUN akan diperolehi dan disimpan di Perpustakaan INSTUN. Koleksi ini termasuklah akta, laporan, jurnal, majalah, artikel, kertas persidangan / seminar / bengkel, memorandum dan sebagainya
     
  3. Tesis/Disertasi
    Perpustakaan juga akan menyimpan bahan-bahan seperti tesis atau disertasi yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
     
  4. Koleksi Multimedia
    Selain bahan bercetak, koleksi perpustakaan termasuklah bahan bukan bercetak seperti cakera padat, slaid, pita audio dan video, kit multimedia, transparensi dll.
     
  5. Kertas Persidangan/Seminar/Bengkel dsb.
    Semua bahan terbitan berupa kertas persidangan, seminar, bengkel atau forum ditempatkan dalam suatu koleksi yang berasingan.
     
  6. Jurnal
    Perpustakaan juga melanggan bahan terbitan bersiri seperti majalah dan jurnal. Bahan-bahan semasa diletakkan di atas rak di bahagian akses tertutup manakala bahan-bahan retrospektif atau terkebelakang dijilid dan ditempatkan di rak yang berasingan. Suatu indeks disediakan bagi memudahkan pengguna mengenalpasti judul bahan yang diperlukan