AKTIVITI PERPUSTAKAAN SEMPENA HARI INOVASI INSTUN 2012 AKTIVITI PERPUSTAKAAN SEMPENA HARI INOVASI INSTUN 2012

Bagi menyemarak dan memupuk tabiat sikap suka membaca di kalangan masyarakat, program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan perlu dilaksanakan secara berterusan dan lebih menarik untuk menggalakkan masyarakat  sentiasa mengunjungi Perpustakaan dan menggunakan kemudahan bagi mengakses pelbagai maklumat yang boleh diperolehi. Inovasi berkait rapat dengan pembacaan. Tanpa membaca, ilham dan idea sukar untuk diperoleh. Dan untuk mencapai tahap pemikiran yang tinggi, kreatif dan inovatif memerlukan kepada penjanaan sumber maklumat yang boleh diperoleh menerusi amalan membaca. Justeru, Bersempena dengan sambutan Hari Inovasi, Perpustakaan telah menganjurkan beberapa aktiviti bagi menggalakkan dan menumbuhkan lahirnya budaya membaca di kalangan warga INSTUN. Perpustakaan telah melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

1.    Pameran Ikon Inovasi Tun Dr. Mahathir Mohamad

2.    Kuiz sempena Pameran Inovasi

3.    Pertandingan Eureka

4.    Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak

Pameran Ikon Inovasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kuiz Pameran Ikon Inovasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kuiz

Dalam menuju ke arah negara maju menjelang 2020, negara memerlukan modal insan yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan mampu berubah sejajar dengan perubahan semasa. Untuk itu, bekas YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan banyak inovasi penting bagi memacu dan memperkembangkan negara untuk menuju ke arah negara maju yang dicita-citakan. Beliaulah yang bertanggungjawab mewujudkan Dasar Persyarikatan, Dasar Penswastaan, Dasar Pandang Ke Timur, Wawasan 2020, Bersih Cekap Amanah dan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan awam di samping memperkenalkan penggunaan Kad Perakam Waktu,  Tag Nama, Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja. Malah Penubuhan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya adalah hasil cetusan pandangan beliau yang ingin melihat perkhidmatan awam di Malaysia ke arah yang lebih cemerlang. Pameran yang diadakan ini memfokuskan kepada sumbangan beliau kepada pembangunan Negara di mana beliaulah yang bertanggungjawab mengubah negara Malaysia daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Pameran ini telah berlangsung dari 20 hingga 14 Disember 2012.

 

Kuiz

Bersempena dengan Pameran Ikon Inovasi Tun Dr Mahathir Mohamad, pertandingan kuiz telah diadakan bermula pada 20 hingga 23 November 2012. Sebanyak 8 soalan telah dikemukakan merangkumi maklumat-maklumat  yang dipaparkan pada ruang pameran di Perpustakaan INSTUN. Seramai 10 orang pemenang telah dipilih yang berjaya menjawab dengan betul dan dapat memberi pandangan yang diterima oleh pihak juri. 10 pemenang tersebut adalah terdiri daripada kakitangan INSTUN iaitu :-

 

BIL

NAMA

BAHAGIAN/SEKSYEN

1.

ERNI SAFURA BINTI AWANG

PEJABAT PENGARAH

2.

NOOR ALIFAH BT ABD HAMID

UKUR & PEMETAAN

3.

SITI AMINAH BT SAMSURI

TANAH

4.

ROHIDA BT ABD RASID

UKUR & PEMETAAN

5.

YUSNIZA BT USOP

SEKSYEN KEWANGAN

6.

NOR FAZLINA BT YUSOP

SEKSYEN KEWANGAN

7.

AZLEEN BT ALIAS

TANAH

8.

AHMAD SYAWAL BIN YEOP AZIZ

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

9.

NORMUSLIZA BT MOHAMAD

PENTADBIRAN

10.

HAIRINA BT PONICHAN

DOMESTIK

 

Soalan kuiz yang diutarakan adalah seperti berikut :-

  1. Apakah objektif utama Dasar Persyarikatan Malaysia?
  2. Tarikh 16 julai 1981 – 31 Oktober 2003 sangat signifikan dalam sejarah kepimpinan Negara. Tarikh tersebut merujuk kepada apa?
  3. Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, penggunaan tanda nama@Name tag serta kad perakam waktu@punch card adalah sebahagian dari penerapan nilai-nilai positif. Kenyataan di atas merujuk kepada dasar apa dan di persidangan apakah ianya diumumkan?
  4. “Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup”. Kenyataan di atas diungkapkan oleh Tun Dr. Mahathir sempena Perutusan Hari Kebangsaan ke-25 pada 30 Ogos 1982. Adakah ianya benar atau salah?
  5. Sila nyatakan cabaran paling utama dalam menjayakan Wawasan 2020.
  6. “Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik adalah diperlukan”. Bila dan di program apakah Tun mengungkapkan kata-kata ini?
  7. Gagasan ini telah dikemukakan di dalam satu kertas kerja di Majlis Pelancaran Penubuhan Malaysian Business Council. Apakah tajuk kertas kerja tersebut?
  8. Dasar ini adalah salah satu cara dalam melaksanakan tugas membangunkan negara dan juga sebagai satu konsep kerjasama erat serta persefahaman antara sektor awam dan sektor swasta. Sila nyatakan nama dasar tersebut?
  9. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk menyemarakkan budaya inovasi di kalangan warga INSTUN ………………………………………………………………..

Pertandingan Eureka Pertandingan Eureka

Merupakan satu pertandingan baru yang diperkenalkan sempena Sambutan Hari Inovasi INSTUN 2012. Ia dilaksanakan pada 21 November 2012 di Bilik Mesyuarat Perpustakaan dan merupakan satu pertandingan di mana para peserta  mengetengahkan bakat, kebolehan dan kreativiti masing-masing di dalam menghasilkan barangan daripada bahan-bahan terbuang. Peserta dikehendaki merekacipta bahan berdasarkan idea dan kreativiti sendiri. Idea yang menarik, kreatif dan berinovasi dipilih sebagai pemenang. Rekacipta yang berjaya dihasilkan daripada barangan terbuang adalah bakul sampah, lampu, selipar, beg, burung, bekas hantaran, album gambar, album stem dan tempat letak alat tulis. Pemenang bagi pertandingan ini adalah seperti berikut :-

 

Pertama        -        YM Raja Suhaila binti Raja Alias

Kedua           -        Encik Mohamad Hafiz bin Abd. Aziz

Ketiga          -        Encik Ahmad Syawal bin Yeop Aziz

 

 

Pertandingan Mewarna Pertandingan Mewarna

Salah satu kaedah untuk menggalakkan lahirnya sikap gemar membaca di kalangan kanak-kanak adalah dengan melakukan aktiviti yang kanak-kanak gemari antaranya ialah mewarna. Bersempena Sambutan Hari Inovasi INSTUN 2012, pihak perpustakaan sekali lagi telah menganjurkan aktiviti mewarna yang pada kali ini dibuka kepada anak-anak warga INSTUN. Pertandingan ini diadakan bagi melahirkan generasi yang mempunyai keupayaan berfikir, mencipta sesuatu yang baru serta melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Ia juga dapat meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan/intelektual di kalangan kanak-kanak memandangkan pertandingan kali ini adalah berkait dengan inovasi. Seramai 28 orang kanak-kanak telah menyertai pertandingan yang diadakan pada 21 November 2012 dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kanak-kanak 4 hingga 7 tahun dan 8 hingga 12 tahun. Seramai enam orang pemenang telah dipilih yang berjaya melakarkan idea mewarna dengan menarik.  Kanak-kanak tersebut adalah:-

 

Kategori 4 hingga 7 tahun

Pertama        -        Nabiha binti Mohd Safri (6 Tahun)

Kedua           -        Akmal Nabil bin Hisamuddin (7 Tahun)

Ketiga          -        Muhd Alif Haikal bin Mohd Safri (7 Tahun)

 

Kategori 8 hingga 12 Tahun

 

Pertama        -        Zulfa Nur binti Proklamasi (12 Tahun)

Kedua           -        Nur Insyirah binti Mohd Safri (9 Tahun)

Ketiga          -        Nur Farah Nadhirah binti Zahar (11 Tahun)