Buku Pilihan Buku Pilihan

 

JUDUL                 :   PENGAMBILAN

                               TANAH

PENERBIT          :   UUM PRESS

ISBN                   :   978-967-5311-84-0

RAK                    :   333.3209595 MAZ

TAHUN                :   2012

BILANGAN NASKHAH DI PERPUSTAKAAN :   

                         1 NASKHAH

SINOPSIS

Sering timbul isu dan rungutan orang ramai tentang pengambilan tanah seperti amaun pampasan yang tidak mencukupi dan kelewatan pembayaran pampasan kepada pemilik yang terlibat. Justeru, senario pengambilan tanah di luar dan dalam negara ada dikemukakan di dalam buku ini sebagai perbandingan. Seterusnya buku ini menyentuh mengenai ‘konsep pampasan mencukupi' dalam pengambilan tanah. Prinsip yang diamalkan menunjukkan bahawa pemilik tanah sepatutnya tidak untung dan tidak rugi seperti sebelum proses pengambilan tanah dilakukan. Buku ini juga menyentuh mengenai perkara-perkara yang boleh dibuat tuntutan oleh pemilik tanah (yang diambil tanahnya) kepada pihak yang berkuasa iaitu pentadbir tanah. Antara tuntutan yang boleh dibuat ialah amaun nilai pasaran tanah, pecah-pisah, penjejasan terbabit, kacau ganggu dan lain-lain. Di akhir, buku ini menyentuh tentang kajian kes yang dijalankan dengan memilih beberapa projek pembangunan dan menganalisis pendapat pihak-pihak yang berkepentingan

Buku Pilihan 2 Buku Pilihan 2

 

  JUDUL              :      PENGAMBILAN

                                   TANAH :

                                  TEORI DAN AMALAN

PENGARANG     :      ISMAIL OMAR

                                  (PENYUNTING)

PENERBIT           :     PUSTAKA FIRDAUSI

ISBN                     :     978-967-1014-2-3

RAK                      :     333.3209595 PEN

TERBITAN            :     2012

BILANGAN NASKHAH DI PERPUSTAKAAN :   

                          1 NASKHAH

 

SINOPSIS

Pengambilan Tanah : Teori dan Amalan merupakan hasil gabungan idea dan tenaga beberapa ahli akademik dan pengamal profesion pengambilan tanah. Mereka merupakan pensyarah, penilai harta tanah, pentadbir tanah dan juga perunding pengambilan tanah. Hasil penulisan mereka yang merupakan sebahagian daripada projek penulisan akademik telah diolah dan disusun semula menjadi bahan yang dibukukan untuk tatapan umum. Penulisan ini tertumpu kepada prinsip dan amalan terbaik dalam pentadbiran tanah dengan merujuk amalan di dalam dan di luar Negara. Begitu juga dengan punca-punca yang menjurus kepada kelewatan dalam pengambilan tanah. Seterusnya, buku ini juga menyentuh peranan pihak-pihak berkepentingan dan yang terlibat dalam pengambilan tanah seperti penilai dan perunding tanah. Peranan perunding boleh melicinkan proses pengambilan tanah seperti dalam kajian kes di Kuantan, Pahang. Begitu juga dengan sikap pemilik tanah yang dikaji dengan merujuk kepada pampasan tanah untuk projek Bandar Baru yang dijalankan di Bandar Nusa Jaya di Johor. Isu-isu dalam pengambilan tanah disentuh dengan merujuk masalah yang sering timbul dalam pengambilan tanah. Bahagian akhir buku ini merupakan contoh-contoh laporan dan nilaian bagi penentuan pampasan dalam pengambilan tanah untuk maksud pelebaran jalan yang melibatkan tanah sebuah sekolah di Perak dan pengambilan tanah dusun di Muar dan untuk pelebaran sungai di Melaka.

Buku Pilihan 3 Buku Pilihan 3

 

 

JUDUL                 :     99 SPESIES BUAH DI

                                  FRIM

PENGARANG     :     N ZAWIYAH DAN

                                  H OTHAMAN

PENERBIT           :    FRIM

ISBN                    :     978-967-5221-85-9

RAK                     :     634.609595

TERBITAN           :     2012

 

BILANGAN NASKHAH DI PERPUSTAKAAN :   

                          1 NASKHAH

 

SINOPSIS

Buku ini memperihalkan tentang 99 spesies buah yang terdapat di dalam kampus FRIM. Spesies ini merupakan satu aset penting yang perlu dijaga untuk generasi akan datang. Pada masa ini generasi muda tidak lagi mengecam sesetengah pokok buah-buahan jauh sekali untuk menghayatinya sebagai warisan alam semula jadi. Buku ini mengandungi pengenalan mudah mengenai tumbuhan disertakan dengan gambar dan huraian morfologi pokok, taburan dan kaedah pembiakan. Ia boleh dijadikan sebagai satu sumber rujukan penting untuk penyelidikan, bahan pembelajaran dan pendedahan terhadap pelbagai spesies buah. 99 spesies buah-buahan ini bukan sekadar buah yang boleh dimakan malah hampir keseluruhan bahagian pokok seperti daun, akar, batang, biji dan bunganya dapat digunakan terutamanya dalam penjagaan kesihatan, perubatan tradisional dan kecantikanyang menjadi warisan turun temurun pelbagai kaum di Malaysia termasuk masyarakat orang asli.