Kuiz Kuiz

Mengambil sempena pameran yang diadakan, bertujuan untuk menarik minat pembaca mengunjungi perpustakaan, satu aktiviti tambahan diadakan iaitu kuiz. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah bersandarkan kepada maklumat yang terdapat pada gambar-gambar, catatan, ilustrasi dan apa jua yang dipamerkan di ruang pameran. Ia menjadi tarikan kepada pembaca untuk mengunjungi perpustakaan dan melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan. Justeru pembaca yang bertuah akan memenangi hadiah yang ditawarkan.

-----------------------------------------------------------------------------

Bersempena dengan Pameran Herba yang berlangsung di Perpustakaan dari 9 hingga 20 September 2013, pertandingan kuiz yang menduga kebolehan individu menjawab soalan dengan tepat dan memberi pandangan terbaik telah diadakan serentak dengan berlangsungnya pameran. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan maklumat-maklumat yang dipamerkan pada panel pameran, buku-buku dan pokok herba yang dipamerkan di ruang pameran. Pertandingan kuiz ini telah mendapat sambutan dari warga INSTUN dan pemenang pertandingan ini adalah Puan Nurhumiddah binti Mahmood dari Bahagian Ukur dan Pemetaan. Hadiah telah disampaikan pada Perhimpunan Bulanan INSTUN Bil. 8/2013 pada 7 Oktober di Auditorium INSTUN.

--------------------------------------------------------

Sambutan Hari Inovasi INSTUN telah diadakan pada 28 November 2013. Bersempena dengan sambutannya pelbagai pertandingan telah diadakan bagi memupuk warga INSTUN ke arah menjadi pekerja kreatif dan berinovatif. Sehubungan dengan itu, Perpustakaan telah diberi tanggungjawab bagi mengadakan pertandingan kuiz sempena inovasi. Pertandingan ini telah diadakan bermula dari 6 November dan berakhir pada 15 November 2013. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan pencarian bahan menggunakan WebOPAC dan Web Infoline menerusi laman web INSTUN. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Puan Nur Hazwani Boon binti Abdullah dari Seksyen Perhubungan Awam INSTUN sebagai pemenang utama. Hadiah telah disampaikan pada Majlis Sambutan Hari Inovasi INSTUN 2013.

Santapan Minda Santapan Minda

6 Teka Teki Imam Al-Ghazali

1.   Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2.   Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3.   Apakah yang paling besar di dunia?

4.   Apakah yang paling berat di dunia?

5.   Apakah yang paling ringan di dunia?

6.   Apakah yang paling tajam di dunia?

 

JAWAPAN

1.   Mati

2.   Masa lalu

3.   Nafsu

4.   Menanggung amanah

5.   Meninggalkan solat

6.   Lidah manusia