Pembaca Paling Aktif Pembaca Paling Aktif

Untuk mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020, rakyat Malaysia patut menjadikan budaya membaca sebagai satu realiti kerana membaca bukan hanya merupakan satu usaha untuk mendapatkan pengetahuan atau maklumat mutakhir tetapi juga berguna untuk perkembangan akal fikiran. Budaya membaca membolehkan "pembelajaran seumur hidup" dilakukan dalam dunia yang pesat berubah ini. UNESCO telah mendefinisikan masyarakat membaca sebagai "one in which each and every individual can read and where books are an integral part of a daily life".

Perpustakaan pula adalah agen yang memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat membaca selaras dengan fungsi utama sesebuah Perpustakaan iaitu untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca melalui perkhidmatan Perpustakaan. Bagi tujuan ini, Perpustakaan menyediakan bahan-bahan bacaan bermutu dan terpilih dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan rujukan, penyelidikan, penerangan dan bacaan rekreasi atau santai pengguna-pengguna. Atas dasar untuk mendekatkan  ilmu pengetahuan yang terkumpul di Perpustakaan dengan pengguna Perpustakaan, Perpustakaan INSTUN telah mewujudkan anugerah Pembaca Paling Aktif. 

Bagi tahun 2013, penerimanya ialah :-

1.  Encik Roslan bin Abd Ghani (Jan - Mac 2013)

2.  Puan Junainah binti Hj. Abd. Rahman (April - Jun 2013)

3.  Encik Zainal Abidin bin Mat Zain (Julai - Sept 2013)

4.  Puan Syarfazila Ezuwida binti Shaari (Oktober - Disember 2013)

Bagi tahun 2012, penerimanya ialah :-

1.    Puan Norlizawati binti Khalid (Jan Mac 2012)

2.    Encik Murad bin Isa (April Jun 2012)

3.    Puan Noor Alifah binti Abd. Hamid (Julai Sept. 2012)

4.    Puan Norlizawati binti Khalid

       (Sepanjang 2012 dan Sempena Hari Inovasi INSTUN 2012)

Apa Kata Ikon Membaca Apa Kata Ikon Membaca

“Membaca menjadi lebih mudah pada zaman sekarang kerana terdapat alat seperti Ipad dan Samsung Galaxy Tab, yang boleh memuatkan bukan sahaja satu atau dua buah buku tetapi 1,500 buah buku di dalam perisiannya. Kemudahan perkakas itu seharusnya menjadikan membaca sebagai satu keperluan ke arah pemupukan budaya membaca.”

Tun Dr Mahathir Mohamad

Ikon Membaca Kebangsaan 2012

Membaca 3 buah buku sehari

 

“Membaca adalah pelengkap dalam kehidupan setiap manusia di samping menjadi satu keperluan untuk membina sebuah negara membangun. Saya seronok membaca buku mengenai agama orang lain atau agama saya sendiri kerana saya berpendapat bahawa ia adalah satu-satunya cara anda boleh memiliki fikiran yang luas dan memahami mengenai kepercayaan dan agama orang lain."

Datuk Michelle Yeoh

Ikon Membaca 1Malaysia 2010

Membaca 10 – 15 buah buku sebulan

 

“Bapa saya akan membeli ensiklopedia mengenai sesuatu subjek seperti kenapa, mengapa dan menggalakkan semua lima adik beradik saya membaca. Pada usia itu, ayah mewajibkan membaca sebuah buku dalam tempoh sebulan dan akan bertanya mengenai isi kandungan buku itu. Jika kami gagal memberi jawapan, ayah akan rotan kami. Walaupun, pendekatannya begitu tegas, tetapi ia memberi manfaat kepada kami sekali gus mampu memupuk sifat suka membaca. Sejak kecil ibu saya pula akan membacakan buku cerita sebelum kami masuk tidur. Ini adalah amalan baik menanamkan sifat membaca di kalangan kami”.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie  

Ikon Membaca 2009

Membaca 60 buah buku setahun-  buku  motivasi, politik, sains dan teknologi