Web Content Display Web Content Display

Sejarah

Perpustakaan INSTUN mula beroperasi pada Mei 2003 di aras 3, Blok Akademik C. Selaras dengan pertambahan peserta kursus, keperluan terhadap perkhidmatan perpustakaan semakin meningkat, maka perpustakaan INSTUN telah berpindah ke tempat yang lebih strategik iaitu di aras 1, Blok Akademik A.

PerpustakaanINSTUN merupakan sebuah seksyen yang diwujudkan bertujuan untuk menyedia danmengurus kemudahan perkhidmatan maklumat kepada kumpulan sasar iaitu kakitangan dan perserta kursus serta penyelidik berkaitan bidang pengurusan tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat (ICT). Selain itu operanan perpustakaan INSTUN juga sebagai tempat penyimpanan dokumen dan bahan terbitan yang berkaian organisasi INSTUN.

Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan disediakan untuk memenuhi permintaan dan keperluan pengguna. Adalah diharapkan dengan tersedianya perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kamahiran capaian maklumat berkaitan bidang pengurusan tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat (ICT) kepada kumpulan sasar.