Peraturan Peraturan

1 Keahlian terbuka kepada kakitangan dan peserta kursus INSTUN.
2 Pengguna hendaklah sentiasa mempamerkan kad kakitangan semasa berada di perpustakaan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pengguna dilarang menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
3 Pengguna mestilah berpakaian kemas semasa berada di perpustakaan. Walaubagaimana pun kelonggaran diberikan kepada pengguna yang berpakaian sukan lengkap dan berseragam penuh yang perlu menghadiri aktiviti gerak kerja luar. Pemakaian seluar jeans atau seumpamanya serta pakaian yang mencolok mata adalah dilarang keras.
4 Penggunaan telefon bimbit, walkman, discman dan seumpamanya di dalam perpustakaan adalah dilarang
5 Pengguna tidak dibenarkan berbincang, bising, makan, minum, merokok, menyanyi, tidur dan membuat sesuatu yang boleh menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan.
6 Melakukan kerosakan terhadap harta benda perpustakaan adalah suatu kesalahan. Ini termasuklah menconteng, memotong dengan gunting, merosak atau memusnahkan bahan-bahan perpustakaan.
7 Melakukan perbuatan sumbang di dalam perpustakaan adalah dilarang sama sekali.
8 Semua buku, fail dan lain-lain bahan yang dibawa keluar dari Perpustakaan hendaklah ditunjukkan kepada kakitangan yang berada di kaunter untuk pemeriksaan.
9 Beg, fail, topi keledar dan payung tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Ia hendaklah diletakkan di tempat yang telah disediakan di luar perpustakaan.
10 Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dipinjam.
11 Menggunakan kad kakitangan orang lain adalah suatu kesalahan.
12 Pengguna dilarang memindahkan bahan, perabot dan kelengkapan perpustakaan dari tempat yang asal.
13 Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang persendirian yang dibawa masuk ke perpustakaan.
14 Segala urusan kaunter hendaklah dibuat dalam masa yang telah ditetapkan.
15 Kakitangan perpustakaan berhak menghalang pengguna dari menggunakan perpustakaan dan perkhidmatan yang ada jika didapati melanggar peraturan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.
16 Pengguna yang didapati memiliki bahan perpustakaan tanpa kebenaran akan diambil tindakan tatatertib.
17 Pihak perpustakaan dan INSTUN berhak meminda atau menambah sebarang peraturan dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.