Pinjaman Pinjaman

Semua pengguna yang berdaftar layak untuk membuat pinjaman berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

  1. Kelayakan Pinjaman
    Kategori Ahli Jumlah Bahan Tempoh
    Kumpulan Pengurusan dan Profesional 15 30 hari
    Kumpulan Sokongan 10 30 hari
    Peserta kursus 3 Mengikut tempoh kursus
  2. Syarat pinjaman
    1. Syarat UMUM Pinjaman
      Pinjaman hanya dibuka kepada kakitangan atau ahli yang layak meminjam sahaja. Pinjaman bahan tidak boleh dibuat oleh ahli yang taraf keahliannya digantung. Keahlian perpustakaan boleh digantung kerana beberapa sebab, di antaranya tidak membayar denda perpustakaan, masih mempunyai bahan yang belum dipulangkan setelah tarikh pemulangan tamat dan yang masih dalam tindakan disiplin.
    2. Rak Terbuka dan Awam
      Semua ahli layak meminjam mengikut  kelayakan dan kategori keahlian masing-masing. Pinjaman bahan boleh diperbaharui sebanyak 3 kali berturut-turut berdasarkan syarat-syarat sedia ada.
    3. Red Spot dan Rujukan
      Koleksi tersebut tidak boleh dipinjam. Bahan tersebut hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja
    4. Denda
      Rak Terbuka/Umum
      Minggu Pertama 10 sen sehari
      Minggu Kedua dan Seterusnya 20 sen sehari
    5. Bahan hilang/rosak
      Jika bahan hilang atau rosak, peminjam hendaklah memaklumkan kepada perpustakaan dengan seberapa segera. Peminjam dikehendaki membayar harga bahan yang hilang atau rosak 2 kali ganda dari harga asal.