Semua warga INSTUN dan pelawat boleh merujuk dan membaca bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan.
Perkhidmatan ini meliputi pendaftaran keahlian baru, pinjaman/pemulangan serta tempahan bahan untuk pinjaman. Semua warga INSTUN diwajibkan mendaftar sebagai ahli perpustakaan bagi membolehkan mereka meminjam bahan bacaan.
Seterusnya
Perkhidmatan rujukan dan pencarian maklumat bertujuan bagi membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat yang dicari melalui pertanyaan kepada kakitangan perpustakaan. Pertanyaan boleh disalurkan sama ada secara lisan atau bertulis melalui telefon, e-mel, surat atau secara bersemuka dengan kakitangan perpustakaan.
Seterusnya
Perkhidmatan ini ditawarkan melalui penyediaan perkara-perkara berikut:
Edaran Keratan Akhbar Terpilih melalui e-mel kepada warga INSTUN
Edaran Ulasan Buku Terpilih Perpustakaan melalui e-mel kepada warga INSTUN
Edaran Info Land Law Cases melalui e-mel kepada warga INSTUN
Edaran Word of the Day melalui e-mel kepada warga INSTUN
Edaran Bahasa Oh Bahasa! melalui e-mel kepada warga INSTUN
Edaran Kata-kata Hikmah melalui e-mel kepada warga INSTUN
Pameran buku baharu
Seterusnya
Perpustakaan INSTUN menyediakan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan melalui perkhidmatan Intelibrary Loan (ILL) menerusi Sistem Katalog Induk Kebangsaan (KIK) milik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Melalui perkhidmatan ini warga INSTUN boleh meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan lain yang menjadi ahli konsortium KIK melalui perpustakaan INSTUN tanpa perlu ke perpustakaan tersebut.
Seterusnya
Perpustakaan INSTUN meneruskan usaha menggalakkan minat membaca dalam kalangan warga INSTUN melalui pelbagai program galakan membaca yang dijalankan seperti Program Jom Baca Bersama 10 Minit, kuiz, ceramah, resensi buku, pameran dan lain-lain lagi.
Seterusnya
Pengguna boleh mengakses internet secara percuma dan memainkan CD/VCD/DVD multimedia di perpustakaan melalui komputer di sudut MyInstun dan MyMultimedia.
International Standard Book Number (ISBN) merupakan nombor piawaian antarabangsa yang mempunyai 13 angka dan unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit di mana-mana negara. Nombor ISBN ini diperolehi daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Setiap negara di dunia mempunyai sebuah pusat bagi pengeluaran nombor ISBN.
International Standard Serial Number (ISSN) merupakan nombor yang mengandungi lapan angka digunakan bagi penerbitan bahan terbitan berkala atau bersiri sementara International Standard Book Number (ISBN) digunakan bagi bahan terbitan tidak berkala.
Perpustakaan INSTUN memberikan perkhidmatan untuk membantu Seksyen Penerbitan untuk mendapatkan nombor ISBN/ISSN bagi setiap penerbitan INSTUN yang akan diterbitkan dari Perpustakaan Negara Malaysia yang telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan yang mengeluarkan ISBN/ISSN. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma. Permohonan nombor ISBN/ISSN boleh dicapai melalui pautan ini.
Seterusnya
Perpustakaan INSTUN menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan KOHA yang menggunakan OPAC sebagai platform untuk memudahkan pengguna dan warga INSTUN membuat carian bahan yang terdapat di perpustakaan walau di mana berada melalui Laman Portal Rasmi Perpustakaan INSTUN di pautan https://webopac.instun.gov.my.
Perpustakaan INSTUN juga melanggan pangkalan data eLaw yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Pengguna perpustakaan juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan pengguna. Pangkalan data ini boleh diakses di https://www.elaw.my
Seterusnya
Perkhidmatan u-Pustaka merupakan perkhidmatan perpustakaan dalam talian yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my. Warga INSTUN boleh mengakses buku audio, buku, majalah dan suratkhabar elektronik secara percuma.
Koleksi Terbitan Bersiri adalah terbitan berkala secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Sumber maklumat koleksi terbitan bersiri terdiri daripada bahan-bahan bercetak, bukan bercetak, elektronik dan dalam talian. Kategori bahan dalam koleksi ini ialah majalah, surat khabar, laporan tahunan, buku tahunan, buku panduan, jurnal, indeks, abstrak dan statistik.
Seterusnya
JUMLAH KOLEKSI
BUKU
TERBITAN BERSIRI
AKTA
Perpustakaan INSTUN mula beroperasi pada tahun 2003 di Blok Akademik C, INSTUN. Pada tahun 2004, telah berpindah ke Blok Akademik A. Pada 22 April 2019, Perpustakaan dinaiktaraf dan siap sepenuhnya pada 15 November 2019.
Menjadi pusat rujukan ilmu berkaitan latihan, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan.
Koleksi bahan-bahan perpustakaan dikelaskan mengikut Dewey Decimal Classification (DDC). Secara ringkasnya pengkelasan perkara adalah seperti berikut:
KOD | PERKARA SUBJEK |
001 | Sains Komputer, Informasi, Karya Am |
100 | Falsafah dan Psikologi |
200 | Agama |
300 | Sains Sosial |
400 | Bahasa |
KOD | PERKARA SUBJEK |
500 | Sains |
600 | Teknologi |
700 | Kesenian & Rekreasi |
800 | Kesusasteraan |
900 | Sejarah dan Geografi |
Kelayakkan pinjaman buku/bahan perpustakaan adalah seperti berikut:
KEAHLIAN | JUMLAH BUKU | TEMPOH PINJAMAN |
Kakitangan INSTUN (Tetap/Kontrak) | 10 buah | 30 hari |
Kakitangan INSTUN (Pekerja Khidmat Singkat dan Pelajar Latihan Industri) | 5 buah | 5 hari |
Peserta Kursus | 2 buah | 4 hari |
Peraturan pinjaman adalah seperti berikut: | ||
i. | Berdaftar sebagai ahli perpustakaan INSTUN tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. | |
ii. | Ahli yang berdaftar diminta memberikan/menunjukkan kad/nombor keahlian kepada pegawai bertugas setiap kali mereka ingin meminjam buku/bahan. | |
iii. | Buku/bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan. | |
iv. | Buku/bahan yang hilang dan rosak mestilah diganti dengan buku/bahan yang sama atau edisi yang terbaharu atau membayar dengan harga mengikuti pasaran semasa. | |
v. | Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas buku/bahan yang dipinjam. |
Pemulangan dan pembaharuan pinjaman adalah seperti berikut: | ||
i. | Buku/bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan sebelum atau pada tarikh pemulangan yang ditetapkan. | |
ii. | Pengguna hanya dibenarkan memperbaharui pinjaman sebanyak tiga kali selagi tiada pengguna lain menempahnya. Pelanjutan tempoh pinjaman boleh juga dibuat kepada pegawai perpustakaan melalui kaunter sirkulasi, telefon dan e-mel. |
Peraturan perpustakaan adalah seperti berikut:
i) | Pengguna mestilah berpakaian kemas dan sopan. |
ii) | Pengguna dilarang membawa masuk barangan seperti beg, topi keledar, jaket, payung dan bungkusan ke perpustakaan. Barangan ini hendaklah disimpan di Ruang Bagasi/Lokar yang disediakan kecuali barang berharga dan alat tulis. |
iii) | Semasa berada di perpustakaan, pengguna dilarang melakukan perkara-perkara berikut : |
| a) Menconteng, mengoyak, merosakkan dan mencuri buku/bahan perpustakaan. |
| b) Merokok, makan dan minum. |
| c) Membawa keluar buku/bahan tanpa kebenaran. |
| d) Mengalih dan memindahkan buku/bahan dan perabot perpustakaan ke tempat lain. |
| e) Membuang sampah merata-rata. |
| f) Menyalahgunakan kemudahan internet, WiFi dan komputer di perpustakaan. |
| g) Melakukan perkara yang tidak sopan. |
iv) | Buku/bahan yang hendak dipinjam daripada perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada pegawai bertugas di kaunter untuk direkodkan. |
v) | v) Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi semasa pengguna berada di dalam perpustakaan. |
vi) | vi) Pengguna yang membuat salinan buku/bahan di perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peraturan yang berkaitan AKTA HAKCIPTA 1987. |
Penolong Pustakawan S32
05-4542825 samb. 717
kalsum@instun.gov.my
Penolong Pustakawan S32
05-4542825 samb. 716
yusmila@instun.gov.my
Pembantu Pustakawan S22
05-4542825 samb. 715
norlelawati@instun.gov.my
Pembantu Pustakawan S22
05-4542825 samb. 718
kasthuri@instun.gov.my
Pustakawan S44
05-4542825 samb. 714
arzira@instun.gov.my